EVENT GALLERY

Ahli kelab mendaki MTSB berjaya menawan puncak Gunung Tahan

Tuesday, 19 March, 2013

Ahli – ahli Kelab Mendaki Melaka Taming Sari Bhd (MTSB) telah berjaya menawan puncak Gunung Tahan pada 19hb Mac 2013 yang lalu. Ekspedisi yang mengambil masa selama 4 hari ini dan disertai oleh 7 orang pendaki. Ini merupakan sebahagian dari aktiviti yang dirancang oleh kelab Sukan & Rekreasi MTSB (KSRM) untuk tahun 2013. Sebelum ini para ahli  KSRM telah berjaya di dalam misi menawan gunung Datuk di Rembau. Pendakian ini bermula Merapoh ke Kuala Tahan. Menurut ketua ekspedisi En Ramdan Hamidun, pendakian selama 4 hari ini penuh dengan dugaan dan cabaran. masalah cuaca panas, belakan air bersih serta halangan hutan tebal menyebabkan pendaki-pendaki keletihan, namun disebabkan semangat yang kuat, akhirnya mereka telah menamatkan misi dengan jaya. Pendaki telah bermalam ni Kem Kor dan Kem Botak.Pendaki di bantu oleh jurupandu dari Jabatan perhutanan taman Negara Pahang Sg Relau. Ahli kelab Mendaki KSRM seterusnya berazam untuk mendaki Gunung Kinabalu pada tahun hadapan.