EVENT GALLERY

Hari Keluarga Melaka Taming Sari Bhd di Phnom Penh, Combodia membawa seribu kenangan

Wednesday, 12 February, 2014

Melaka Taming Sari Bhd telah mengadakan ‘Trip’ hari keluarga pada 7hb Jan hingga 2014 di Phnom Penh, Combodia Seramai 48 kakitangan. Mantan Pengerusi MTSB ,Y.Bhg Datuk Mat Sirat Abu turut menyertai hari keluarga ini yang berlangsung selama 4 hari 3 malam. Hari keluarga ini juga merupakan salah insentif dan galakan dari syarikat kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Pada tahun 2013, Pihak MTSB telah mengutip sebanyak RM7.7 Juta, sekaligus melepasi jumlah sasaran RM7.2 Juta yang telah ditetapkan.

Program tahunan ini juga adalah anjuran Kelab Sukan & Rekreasi MTSB. Sepanjang berada di Phnom Penh, Kakitangan MTSB berpeluang melawat tempat-tempat menarik seperti National Museum, Royal Palace, Russian Market, Central Market , Tuol Sleng Genocide Museum dan menaiki Mekong River Cruise.