EVENT GALLERY

Kempen Jalanan dan Promosi Pendermaan Organ di Menara Taming Sari

Sunday, 9 November, 2014

Pihak Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia cawangan Melaka telah mengadakan ‘Kempen Jalanan dan Promosi Pendermaan Organ di Menara Taming Sari pada 9 Nov 2014. Program ini adalah sempena minggu kesedaran pendermaan organ 2014 peringkat negeri Melaka. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Hj And Rahaman Bin Karim, Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Kesihatan dan Pembangunan Negeri Melaka. Turut hadir ialah Timbalan Exco Kesihatan dan Pembangunan, YB Datuk Ng Choon Koon dan Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr Ghazali Bin Othman. Objektif penganjuran program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya pendermaan organ kepada golongan yang memerlukan. Program ini juga adalah untuk memberi info kepada orang ramai mengenai proses pendermaan. Di samping itu orang ramai juga turut berpeluang melakukan permeriksaan kesihatan di booth yang disediakan.