EVENT GALLERY

Kolabrasi Melaka FM dan Menara Taming Sari di dalam Program Santai bersama Melaka FM

Saturday, 25 January, 2014

Pihak MTSB telah berkerjasama dengan Melaka FM untuk menganjurkan satu program berbentuk hiburan santai dan informasi di Menara Taming Sari (MTS). Program ini adalah bertujuan mempromosikan lagi 11 juruhebah Melaka FM dan MTS kepada orang ramai. Program santai ini juga menampilkan program-program radio di Melaka FM antaranya Dimensi 60an yang mengenengahkan muzik 60an, Galeri Warisan, Gegau Pagi dan Tiada lama Baru. Antara artis Popular yang turut memeriahkan program ini ialah Noorshila Amin, Adik Kiki juara Bintang Kecil dan pakar Motivasi Dr HM Tuah. Penonton juga turut dihiburkan oleh kumpulan Penyanyi 1M4U yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur. Pihak Melaka United juga turut membuka booth menjual jersi pasukan bolasepak Melaka. Menurut KPE MTSB En Nazary Ahmad, program seperti ini akan diteruskan memandangkan ianya memberi peluang kepada Pihak Melaka FM memberi informasi kepada masyarakat dengan lebih dekat.