EVENT GALLERY

Konsert sambutan ulangtahun ke 5 MTS menampilkan tema perpaduan 1 Malaysia

Saturday, 15 June, 2013

Sambutan ulangtahun ke 5 Menara Taming Sari (MTS) pada 15 June 2013, diteruskan lagi dengan persembahan muzik etnik disebelah malam. Antara acara persembahan yang disajikan pada malam tersebut ialah persembahan tarian dan Kombo Band dari bridged Seni Melaka, Persembahan Silat dari persatuan Gerak Tepat, Tarian Bhangra dari kaum Sikh Melaka dan persembahan istimewa tarian kereta lembu oleh kakitangan MTS. Ternyata persembahan ini berjaya memukau orang ramai yang tidak berganjak dari awal hingga ke akhir persembahan. Konsert ini diadakan demi menghargai sokongan kepada pelanggan dan semua yang telah menyokong MTS selama ini.