EVENT GALLERY

Kontinjen Melaka Taming Sari Berhad semarakkan semangat Merdeka

Saturday, 31 August, 2013

Kontinjen MTSB telah memilih tema pakaian pasca kemerdekaan untuk acara perbarisan pada 31hb Ogos 2013. Tema ini merupakan kesinambungan dari tema pakaian tahun lepas iaitu Pahlawan Melaka di Zaman Silam.

MTSB dibarisi 30 kakitangan pelbagai jabatan dan membawa sepanduk dengan slogan ‘Di atas Robohan Kota Melaka Kita Bangunkan Jiwa Merdeka’ yang dipetik dari kata – kata Nasionalis terkenal negara Dr Burhanuddin Helmi.

Pihak MTSB ingin mengimbas kembali tentang pahit maung Nasionalis tanahair berjuang untuk mencapai kemerdekaan.  Empat orang wakil kontinjen dihadapan di gambarkan sebagai wakil parti perikatan semasa perjanjian London iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Dr Ismail, Tun Hs Lee dan Tun Abdul Razak Hussein.

Perbarisan bermula dari Padang Pahlawan melalui pentas utama tetamu kenamaan berhadapan Memorial Peristiharan Kemerdekaan sehingga ke Stadium Hang Tuah. Acara perbarisan ini turut dihadiri oleh Tuan Yang Terutama, Tun Khalil Yaakob, Y.A.B Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira IR Idris Haron.Exco-exco, ketua Jabatan dan tetamu kehormat  yang lain.