EVENT GALLERY

Latihan Simulasi Menangani Kecemasan (ERP) 2013 Melaka Taming Sari Bhd

Wednesday, 9 October, 2013

Pihak Melaka Taming Sari Bhd (MTSB) telah mengadakan Latihan Simulasi Menangani Kecemasan pada 9 Okt yang lalu. Antara pihak yang turut terlibat di dalam latihan ini ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Melaka, St John Ambulance dan Jawatankuasa Keselamatan dan kesihatan Pekerja.

Ini merupakan tahun ke 4 ,Pihak MTSB mengadakan latihan simulasi ini. Objektif utama latihan ini diadakan  adalah untuk:-

1)Untuk menguji keberkesanan pelan menangani kecemasan sedia ada dan membiasakan kakitangan dengannya supaya bertindak dengan  lebih cekap dan efektif.

2)Untuk menguji keberkesanan komunikasi dan koordinasi dengan pihak berkuasa yang berkaitan dengan kecemasan seperti bomba, hospital dan polis.

3)Untuk mencegah dan meminimumkan gangguan kepada operasi harian dan kerosakan harta benda.

Senario latihan kecemasan ini dibahagikan kepada 2 iaitu:-

1) Kebakaran Di hadapan Bangunan Sokongan MTS

2) Gangguan Jenayah / Sekuriti  Di Kabin / Bilik Juruwang