EVENT GALLERY

Majlis Pra Pelancaran Pencarian Harta Karun Jejak Warisan

Friday, 18 April, 2014

Majlis Pra Pelancaran Pencarian Harta karun Jejak Warisan 2014 telah di adakan pada 2hb April 2014 di Café Menara Taming Sari. Antara tetamu kenamaan yang hadir dimajlis itu ialah YB Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau Melaka, Datuk Ghazale Muhamad. Turut hadir Pengarah Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan, Abdul Kadir Md Idris, Yang Dipertua Alumni Mozac, Abdul Halem Berahim dan Ketua Pegawai Eksekutif, Melaka Taming Sari Bhd, Nazary Ahmad.

Datuk Ghazale berkata, program kali kedua dianjurkan itu menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM8,000 bagi pemenang tempat pertama manakala tempat kedua RM4,000 dan ketiga RM3,000.

Yuran penyertaan ialah RM400 untuk sebuah kereta membawa maksimum empat peserta. Program ini akan bermula di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan berakhir di Taman Mini Malaysia.