EVENT GALLERY

Malam Puisi Taming Sari

Tuesday, 1 July, 2014

Pihak Melaka Taming Sari Bhd (MTSB ) dengan kerjasama Persatuan Penulis Negeri Melaka (Penama) telah mengadakan program Malam Puisi Taming Sari pada 13 Jun 2014 yang lalu. Antara yang turut mengambil bahagian di dalam program ialah Sahabat Belia Melaka, Kumpulan Gerbang dan beberapa penyair tempatan dan antarabangsa seperti Albania dan Afrika Selatan.Antara tetamu kenamaan yang turut memeriahkan acara ini ialah speaker dewan undangan negeri Melaka, Datuk Othman Mohammad, dan Sasterawan terkenal Negara Dr Lim Swee Tin. Antara pengisian  program pada malam itu ialah deklamasi puisi ,sajak dan pantun.  Program ini telah menarik minat ramai pengiat-pengiat seni  terutamanya golongan penulis dan penyajak tempatan untuk hadir.Mereka rata-rata memuji langkah MTS yang memberikan peluang dan sokongan kepada mereka untuk mengenengahkan acara ini kepada orang ramai. Di akhir program Datuk Othman Mohamad turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.