EVENT GALLERY

Mantan Ahli Lembaga Pengarah Melaka Taming Sari Berhad dan Ahli Lembaga Pengarah baru diraikan di Casa Del Rio Hotel

Friday, 18 April, 2014

Mantan Ahli Lembaga Pengarah Melaka Taming Sari Bhd (MTSB) telah diraikan di dalam satu majlis minum petang di Casa Del Rio Hotel pada 18 Mac 2014, Antara Mantan Ahli Pengarah MTSB yang hadir di majlis itu ialah Datuk Mat Sirat Abu, Datuk Md Nasir, Datuk Rahim Abu, En. Haron Md Dom dan En. Mat Derus Tumpang. Majlis ini diadakan secara bersama dengan Kumpulan Melaka Berhad (KMB) yang turut meraikan Mantan Ahli Pengarah KMB. Majlis ini diadakan demi menghargai jasa dan sumbangan mantan Ahli Lembaga tersebut di dalam memajukan syarikat MTSB. Antara tetamu kenamaan yang turut hadir memeriahkan majlis ini ialah Y.A.B Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Naim Abu Bakar dan YB Timbalan Exco Pelancongan, Datuk Ghazalie Mohamad dan Ketua – ketua jabatan. Di samping itu juga majlis minum petang ini juga turut mengalu – alukan kedatangan Ahli – ahli Lembaga Pengarah baru yang dilantik untuk penggal 2014. Sijil penghargaan disampaikan oleh Y.A.B Ketua Menteri kepada mantan ahli lembaga pengarah di akhir majlis ini.