EVENT GALLERY

Mesyuarat Agung Tahunan ke 31 Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA)

Friday, 18 April, 2014

Pihak MTA telah mengadakan Mesyurat Agung Tahunannya pada 10hb April 2014,bertempat di Hatten Hotel Melaka. Pihak MTA juga turut mengadakan jamuan makan malam pada hari tersebut. Mesyuarat agung ini turut dihadiri oleh ahli-ahli MTA dari seluruh Melaka. Objektif mesyuarat agung tahunan ialah untuk membentangkan aktiviti-aktiviti MTA sepanjang tahun 2014, akaun terkini MTA dan juga pemilihan ahli jawatan kuasa MTA untuk tahun 2014.

Mesyuarat agung ini dipengerusikan oleh Presiden MTA iaitu Mdm Madelina Kuah. Sepanjang mesyuarat itu ahli-ahli MTA telah mengemukakan soalan-soalan berkaitan aktiviti MTA,akaun dan juga cadangan penambahbaikan pelancongan di negeri Melaka. Pemilihan ini turut menyaksikan Presiden MTA Mdm Madelina Kuah dan Naib Presiden Sazali Sabri menang tanpa bertanding. Manakala pemilihan enam exco MTA di buat secara undian. Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, En Nazary Ahmad turut dipilih mengekalkan jawatan Exco MTA. Program selepas itu diteruskan dengan Makan Malam bersama ahli-ahli dan tetamu jemputan MTA. TImbalan Exco pelancongan, sungai dan pantai di wakili oleh En Kadir Idris, Pengurus Besar Badan Promosi Pelancongan Melaka. Acara makan malam itu turut di meriahkan dengan persembahan tarian,nyanyian dan cabutan bertuah.