EVENT GALLERY

Misi Bantuan Banjir Pantai Timur

Tuesday, 3 March, 2015

Pihak MTSB telah menyertai misi bantuan banjir Pantai Timur pada 17 Januari  2015 yang lalu. Misi yang disertai oleh 46 orang sukarelawan dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan Melaka Berhad (KMB). Objektif utama program ini ialah untuk membantu meringankan beban mangsa banjir di Pantai Timur yang teruk terjejas akibat bencana alam ini. Pihak MTSB dan KMB turut menyumbangkan bantuan berupa makanan, pakaian dan wang tunai. Di samping itu juga pihak sukarelawan turut bergotong royong membersih dan membetulkan rumah penduduk yang teruk dilanda banjir.