EVENT GALLERY

Pelancaran Sambutan ulangtahun ke 5 Menara Taming Sari Melaka penuh bermakna

Saturday, 15 June, 2013

Ulangtahun ke 5 Menara Taming Sari Melaka (MTS) disambut dengan penuh bermakna pada 15 June 2013, diperkarangan MTS yang dihadiri lebih kurang 500 jemputan. Bertemakan tagline “Sambutan ulangtahun ke 5 ini dilancarkan oleh Y.A.B Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira IR Idris bin Haron. Antara tetamu kenamaan yang turut hadir pada majlis itu ialah  Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar Timbalan Menteri MOSTI, Prof Datuk Abu Bakar Mat Diah. Pengerusi MTSB, Datuk Mat Sirat Abu, Timb exco pelancongan Melaka, YB Datuk Ghazal Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, En Nazary Ahmad, Tan Sri Nordin Md Amin dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Melaka Taming Sari Bhd. Sepanjang pengeoperasinya dari 2008 hingga 2012. MTS telah berjaya menarik 3.3 juta pengunjung dan menghasilkan kutipan sebanyak RM29.9 Juta.

Jumlah ini melebihi 3.2 % dari jumlah sasaran semasa pembukaan MTS pada tahun 2008.

Mernurut Y.A. B Ketua Menteri Melaka kejayaan yang dicapai MTS adalah membanggakan dan sedikit sebanyak  membantu eko-pelancongan negeri Melaka

Antara kejayaan yang dicapai oleh MTS sepanjang 5 tahun ialah Pengiktirafan sebagai Malaysia Book of Records sebagai Menara Berputar (Gyro) yang pertama di Malaysia pada tahun 2009. Tempat pertama dalam Pertandingan Kebersihan dan amalah Hijau peringkat negeri Melaka 2012 ketegori tempat pelancongan. Kontinjen MTS juga telah memenangi kategori pakaian terbaik perbarisan hari kebangsaan peringkat negeri Melaka pada ogos 2012.

MTS juga organisasi yang tidak sekadar mementingkan keuntungan tetapi menjalankan tanggungjawab CSR apabila sering memberikan sumbangan kepada badan-badan kebajikan seperti institusi anak – anak yatim, orang kurang upaya (OKU) ibu tunggal dan golongan yang memerlukan.

Menurut Pengerusi MTSB Datuk Mat Sirat Abu, syarikat juga turut prihatin terhadap perkembangan sukan bola sepak Melaka apabila turut membantu dari segi kewangan secara bulanan.

Di samping itu MTS juga sering mengadakan kerjasama dengan agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk acara-acara seperti Program cegah jenayah, kempen anti dadah dan perlancaran rondaan bersama PDRM dan ATM. MTS juga turut menyumbangkan 7 buah basikal kepada polis pelancong untuk digunakan bagi tujuan rondaan.

Demi menghadapi sebarang kemungkinan,  MTS juga telah menubuhkan pasukan Emergency Response Team (ERP) yang dianggotai oleh kakitangan pelbagai jabatan. ERP team ini sering mengadakan latihan dari semasa ke semasa latihan kebakaran dan pertolongan cemas.

Pengurusan MTS juga turut melancarkan buku Heritage Trail: Melaka Mosques yang memberi informasi kepada masyarakat mengenai masjid-masjid terkenal di negeri Melaka.