EVENT GALLERY

Penyerahan sumbangan kutipan Gaza pada Malam Tahun baru 2013 di Menara Taming Sari (MTS)

Monday, 25 March, 2013

Melaka Taming SariĀ  Bhd (MTSB) dengan kerjasama Aman Palestine Cawangan Melaka telah mengadakan kutipan untuk tabung Paletine di Menara Taming Sari selama 1 Bulan. Penyerahan kutipan tabung Palestine telah di buat pada sambutan ambang tahun baru 2013 di MTS. Penyerahan kutipan sebanyak RM15,642.50 ini dlakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTSB,En Nazary Ahmad kepada wakil Aman Palestine, En Mohammad Zulfikar Azlan. Sumbangan ini menunjukkan keikhlasan dari pengunjung-pengunjung yang prihatin dengan kekejaman yang dilakukan oleh pihak Israel.

Turut serta didalam majlis penyerahan itu ialah ahli lembaga pengarah MTSB, En Seow Cheng Lock dan wakil Pemikir Muda, En Rafik Mohideen. Di samping majlis ini, sambutan diambang tahun baru MTSB juga turut dimeriahkan dengan jamuan makan malam yang dihadiri oleh ahli lembaga pengarah MTSB, exco, rakan perniagaan, media dan pembekal. Hadirin turut dihiburkan oleh persembahan tarian di iringi oleh alunan musik kontemporari dari kumpulan pemuzik tempatan yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur.

 

Kakitangan  praktikal MTSB turut menyumbangkan sebuah lagu tarian Sebahagian dari tetamu jemputan yang hadir Penyerahan  sumbangan dilakukan oleh KPE MTSB En Nazary Ahmad kepada Wakil Aman Palestine