EVENT GALLERY

Pertandingan “MasterChef” antara Jabatan Melaka Taming Sari Bhd

Friday, 18 October, 2013

18 Okt 2013 – Kelab Sukan & Rekreasi MTSB (KSRM) telah menganjurkan pertandingan memasak antara Unit. Unit-Unit yang terlibat ialah Unit Khidmat Pelanggan, Unit Cashier, Unit pelenggaraan dan Unit Pejabat. Ini merupakan kali ke 2 program seumpama ini dijalankan. Pada tahun lepas pertandingan ini dimenangi oleh Unit Khidmat Pelanggan. Menu pertandingan pada tahun ini masakan daging (main course) Pembuka selera berasakan timun dan pencuci mulut berasaskan tepung dan air Laici. Peserta diberikan masa selama 1 jam setengah untuk menyiapkan menu hidangan.
Pertandigan ini diadili oleh juri-juri yang berpengalaman tentang selok belok masakan. Antaranya Puan Lily Natty, Puan Arfah Nasarudin, En Zul Hilmi dan En Husni Husin. Juri telah sebulat suara memilih unit pejabat untuk menjuarai pertandingan memasak untuk tahun 2013.Hadiah dismpaikan oleh CEO MTS, En Nazary Ahmad. Pemenang tempat pertama memenangi wang tunai sebanyak RM250 berserta sijil, manakala tempat ke 2 mendapat RM150 berserta sijil. Pertandingan seumpama ini wajar diteruskan kerana iannya dapat menyemai semangat kerja berpasukan dikalangan kakitangan.