EVENT GALLERY

Program Jelajah Timur Kesinambungan Usaha Promosi Melaka Taming Sari Bhd (MTSB)

Tuesday, 29 October, 2013

Pihak MTSB telah menjelajah ke negeri –negeri di pantai Timur iaitu Kelantan, Trengganu dan Pahang pada 29 Oct hingga 1 Nov 2013 yang lalu. Program ini merupakan kesinambungan dari program Jelajah Utara pada bulan Ogos yang lalu. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program jelajah ini ialah Temubual di stesan Radio RTM disetiap negeri, Sesi produk info dan makan malam bersama pengiat-pengiat Industri Pelancongan di negeri terlibat. Sebanyak 20 peserta dari pelbagai agensi dan wakil tarikan pelancongan di Melaka telah menyertai konvoi jelajah ini, antaranya ialah Melaka River Cruise, Melaka Bird Park, RTM Melaka, Badan Promosi Pelancongan Melaka, Tourism Malaysia Melaka dan wakil Travel agensi.  Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, En Nazary Ahmad turut ‘turun padang’ menyertai konvoi yang melibatkan 8 buah kenderaan. Program ini mendapat sambutan baik dari pengiat-pengiat industri Pelancongan di Pantai Timur, Ini terbukti  dimana semasa sesi produk info di negeri Kelantan sebanyak 15 travel agensi telah hadir, 10 di Trengganu dan 9 di negeri Pahang. Antara tetamu kenamaan yang hadir menyambut konvoi ini di Pahang ialah Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman, Dato’ Hj Hashim Mat Tahir, Pengarah Kemajuan Kraftangan Negeri Pahang, Dato’ Hj Mohd Zubair Mohd Zain. Manakalah di Trengganu ialah Timb. Pengarah Tourism Trengganu, Cik Zaini Sulaiman dan di Kelantan, Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, En kamal Azam Kamaruddin. Menurut KPE MTSB, program ini akan diteruskan dengan jelajah Selatan dan Sabah & Sarawak.