EVENT GALLERY

Program Jelajah Utara Melaka Taming Sari Berhad

Sunday, 25 August, 2013

Pihak  Melaka Taming Sari (MTSB) telah mengadakan konvoi Jelajah utara yang melibatkan empat buah negeri di utara semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Penang dan Perak.  Program yang mengambil  masa 5 hari ini bermula dari 20hb Ogos hingga 24hb Ogos 2013. Objektif program jelajah ini ialah untuk  mempromosikan produk MTSB iaitu Menara Taming Sari kepada penduduk di utara semenanjung yang mempunyai populasi lebih dari 6 juta lebih penduduk.

Program jelajah ini mendapat kerjasama dari Pihak RTM Melaka dan Tourism Malaysia Melaka.

Program jelajah utara ini secara tidak langsung membantu mempromosikan negeri Melaka secara amnya. Antara aktivitu yang dijalankan semasa jelajah ini ialah sesi product update yang dijalankan di Menara Alor Setar, Naza Hotel Penang, dan Hotel Ritz Garden Ipoh.

Ceo MTSB En Nazary Ahmad dan Pengurus pemasaran dan Jualan En Husni Husin juga turut di temuramah oleh Radio RTM  di empat buah negeri tersebut,

Pihak MTSB juga turut mengadakan jamuan makan malam bersama pemain industri pelancongan di negeri yang terlibat yang turut dihadiri oleh tetamu kenamaan seperti Dato ‘Azizan Hamid, SUK negeri Perlis dan  YB Puan Nolee Ashilin Mohd Radzi, Exco kesihatan, pelancongan dan kebudayaan Perak.

Program Jelajah ini sambutan yang positif dari agen – agen kembara dan pegawai tourism Malaysia kerana program ini membolehkan mereka mengetahui tentang statistik dan perkembangan industri pelancongan di Melaka.

Menurut CEO MTSB, En Nazary Ahmad, program siri jelajah ini akan diteruskan ke Negeri-negeri di Pantai Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak berdasarkan sambutan yang diterima. Menurut beliau, pihak MTSB telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan MTS dan negeri Melaka di luar sekaligus membantu pihak kerajaan negeri Melaka mencapai sasaran 13 Juta pelancong ke  Melaka pada tahun ini.