EVENT GALLERY

PROGRAM PERTANDINGAN VESPA KLASIK SEMPENA MINI KARNIVAL ‘JOM BELI BUKU & MAKAN MAKAN’

Thursday, 30 March, 2017

Program Pertandingan Vespa Klasik ini diselitkan dalam Mini Karnival “Jom Beli Buku & Makan Makan’ yang berlangsung pada 20hb Mac sehingga 26hb Mac 2017. Program ini berlangsung pada 24hb Mac 2017 iaitu pada hari Jumaat. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada orang awam bahawa kenderaan seperti Vespa ini adalah kenderaan yang popular pada suatu ketika dahulu. Program ini ditaja oleh Ban Zen Motors Sdn Bhd selain Townlodge Kumpulan Melaka Berhad dan Menara Taming Sari sendiri.
Sehubungan dengan itu, program ini bermula dari jam 6 petang sehingga jam 7 malam. Setibanya para peserta sampai di Perkarangan Menara Taming Sari, mereka diarahkan susun kenderaan masing – masing berlatar belakang Menara Taming Sari. Penjurian bagi pemenang pertandingan tersebut diketuai oleh wakil dari pihak Ban Zen motors Sdn Bhd ditemani oleh Pengurus Pemasaran & Korporat, En Husni Bin Husin.
Sementara juri – juri sedang meneliti setiap kenderaan yang terlibat, para peserta dibawa menaiki Menara Taming Sari secara santai diiringi oleh pegawai khidmat pelanggan kami. Sesi penyampaian hadiah dilakukan pada jam 6.30 petang disampaikan oleh Pengurus Besar Menara Taming Sari, Tuan Ali Bin Haji Kasmin diiringi Pengurus Pemasaran & Korporat, En Husni Bin Husin. Pemenang tempat pertama dimenangi oleh En. Kamaruddin Bin Omar- vespa bernombor MD 1678. Beliau memenangi baucer Townlodge, minyak hitam dan tiket Menara Taming Sari. Tempat kedua dimenangi oleh En. Azman Bin Rasak- vespa bernombor MD 9039. Beliau memenangi baucer twizy electric car ,minyak hitam dan tiket Menara Taming Sari. Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh pemilik vespa bernombor MH 2930. Beliau memenangi baucer twizy electric car, minyak hitam dan tiket Menara Taming Sari. Penyerahan saguhati kepada dua lagi pemilik vespa bernombor NN 4139 dan BAW 6030. Pemenang saguhati memenangi baucer twizy electric car, minyak hitam dan tiket Menara Taming Sari. Penyerahan cenderahati kepada penaja dan para juri . Program tamat tepat jam 7 malam.