EVENT GALLERY

Program Promosi ‘Pi Melaka Mesti Naik Menara’ Di Utara Tanah Air

Tuesday, 31 May, 2016

Pihak Menara Taming Sari (MTS) telah mengadakan siri promosi ke 3 negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan Penang bermula 9hb May hingga 12 May 2016 yang lalu. Program promosi yang dinamakan ‘Pi Melaka Mesti Naik Menara’ dijalankan  di Stesen Radio Perlis FM, Kedah FM dan Mutiara FM Penang. Promosi ini bertujuan menarik pengunjung di utara tanah air ke Menara Taming Sari.

Pemilihan stesen Radio tersebut adalah berdasarkan ‘Rating’ yang tinggi dari segi ‘listenership’ di ketiga-tiga stesen Radio diutara itu.  Promosi ini diketuai oleh Pengurus Besar MTS iaitu En Ali bin Kasmin dan turut disertai oleh unit pemasaran MTS. Selain program promosi di stesen Radio, pihak MTS juga turut mengadakan pertemuan dengan pemain industri dan agensi pelancongan di ketiga-tiga negeri tersebut.