EVENT GALLERY

Program Santai Menara Taming Sari Sempena Tahun Baru 2015

Thursday, 1 January, 2015

Pihak pengurusan Menara Taming Sari (MTS) telah mengadakan program santai sempena tahun baru 2015 bertempat di Dataran Menara Taming Sari pada 1Jan 2015. Program ini di adakan untuk bertujuan menghiburkan pengunjung yang berada di MTS semasa cuti tahun baru tersebut. Antara tetamu yang hadir pada program tersebut ialah Pengarah Eksekutif Melaka Taming Sari Bhd (MTSB) , Tuan Haji Isnin Bin Aman, Timbalan Pengurus Besar MTSB , En Halil Bin Jaafar dan Pengurus Jualan dan Pemasaran MTSB, En Husni Bin Husin. Antara Artis jemputan yang memeriahkan program ini ialah Pemenang Bintang RTM Melaka tempat 1, 2 dan 3. Di samping itu Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka turut membuat demontrasi Seni mempertahankan diri kepada orang ramai. Rata-rata Pengunjung amat teruja melihat persembahan oleh artis dan persatuan Seni Silat tersebut dan berharap ianya akan diteruskan di masa hadapan.