EVENT GALLERY

Rancangan Masakan Enak Bersama Ramly TV3 Di Menara Taming Sari

Friday, 18 April, 2014

Rakaman rancangan masakan bersama Chef Liza di Menara Taming Sari (MTS) telah di adakan pada 3hb April 2014 di perkarangan Menara Taming Sari. Program masakan ini adalah rancangan TV3 dan tajaan bersama Ramly Burger. Pemilihan MTS sebagai lokasi rakaman oleh TV3 adalah kerana MTS merupakan antara ikon pelancongan yang popular di Melaka.

Pengacara untuk rancangan masakan ini ialah Chef Liza bersama Azizah Ariffin. Chef Liza telah melakukan demontrasi masakan tradisional seperti Rendang Balika dan Nasi kacang Kuda bebola ayam.

Di samping memasak,pihak MTS juga turut mengundang Persatuan Silat Gerak Tepat Melaka untuk membuat demontrasi permainan Chapteh dan Sepak Raga. Di akhir rancangan Chef Liza bagi pihak TV3 telah menyampaikan tanda perhargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Bhd, En Nazary Ahmad.