EVENT GALLERY

Rumah Terbuka Aidilfitri Menara Taming Sari

Tuesday, 27 August, 2013

Pihak MTSB telah mengadakan rumah terbuka Aidilfitri pada rumah terbuka Aidilfitri pada 27hb Ogos yang lalu. Ini merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh MTSB sejak tahun 2008. Antara tetamu kenamaan yang hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Y.A.B ketua Menteri Melaka, Datuk Wira IR Idris Haron, ADUN Gadek, YB Datuk Ghaffar Atan, ADUN Klebang ,YB Lim Ban Hong dan Tuan Hj Nordin Ali, Ketua pegawai Operasi KMB.

Dianggarkan 400 jemputan telah menghadiri yang diadakan itu. Pihak pengurusan telah menyediakan menu makanan yang enak seperti Sate, Kambing Golek, Ketupat, Rendang dan sebagainya. Tetamu juga dihiburkan oleh persembahan tarian dan kombo Bridget Seni.