EVENT GALLERY

Sambutan Earth Hour 2013 Di Menara Taming Sari

Saturday, 23 March, 2013

Menara Taming Sari (MTS) turut menyokong kempen mengurangkan pemanasan bumi global apabila turut menyambut Earth Hour pada 23 Mac baru-baru ini. MTS telah memadamkan lampu di kompleks sokongan rumah Melaka selama 1 jam dari 8.30pm hingga 9.30 pm. Aktiviti ini juga adalah satu dari aktiviti tahunan di dalam calendar acara Jawatankuasa Go Green MTS. Para pengunjung turut menunjukkan sokongan didalam usaha ini dan telah menurunkan tandatangan di ruang yang disediakan. Selain itu pihak MTS juga turut menawarkan pakej cenderahati istimewa sempena earth hour ini. Dengan harga serendah RM15 pengunjung berpeluang untuk mendapat tiket dewasa berserta lilin istimewa.