EVENT GALLERY

Sesi ‘Bicara Santai’ dan Program “My Destinantion bersama Pengarah Eksekutif dan Timbalan Pengurus Besar Melaka Taming Sari Bhd di Melaka FM

Tuesday, 3 March, 2015

Pengarah Eksekutif Melaka Taming Sari Bhd (MTSB) Tuan Haji Isnin Bin Aman telah ditemuramah di dalam program bual bicara di Melaka FM pada 5 Januari 2015. Program ini merupakan satu penghormatan dari pihak Melaka FM kepada kepimpinan baru Pihak MTSB iaitu Tuan Haji Isnin Aman yang dilantik menjadi Pengarah Eksekutif MTSB pada 1 Jan 2015. Antara soalan-soalan yang diutarakan oleh DJ semasa  program bual bicara ini ialah halatuju MTSB, sasaran jualan, pakej promosi dan struktur organisasi.

 

Manakala pada 27 Jan 2015, Timbalan Pengurus Besar MTSB, En Halil Bin Jaafar telah muncul di dalam program ‘My Destination’ terbitan Melaka FM yang memberi peluang kepada tempat tarikan pelancongan mempromosikan produk mereka di dalam program khas yang mengunakan medium bahasa Inggeris.