EVENT GALLERY

Sesi brainstorming kakitangan MTSB

Monday, 26 August, 2013

Jabatan Khidmat pelanggan dan juruwang Melaka Taming Sari Bhd telah  mengadakan sesi brain storming di Restoran Ikan Bakar Hj Musa Alai. pihak pengurusan yang diwakili oleh pengurus Jualan dan pemasaran, En Husni Husin dan ketua unit Jabatan Tenaga Manusia Pn Arfah Nasaruddin. Turut hadir ialah Eksekutif Jualan & Pemasaran, En Rusdan Mahmood. Sesi Brainstorming ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada kakitangan diperingkat operasi untuk  untuk memberi idea –idea untuk meningkatkan mutu pekhidmatan. Di samping sesi ini memberi peluang kepada pihak pengurusan untuk mendengar masalah dan cabaran yang dihadapi oleh kakitangan.

Program ini akan diteruskan dari masa ke semasa oleh pihak pengurusan memandangkan ianya dapat mendekatkan pihak pengurusan dengan kakitangan diperingkat operasi.