EVENT GALLERY

Tahun Baru 2014 disambut secara sederhana tetapi Meriah di MTS

Wednesday, 1 January, 2014

Melaka Taming Sari Bhd (MTSB) telah mengadakan sambutan tahun baru 2014 secara sederhana tapi meriah di perkarangan Menara Taming Sari (MTS) pada 31 Dec 2013 yang lalu. Untuk Sambutan tahun ini, MTSB telah menampilkan pemuzik tradisional terkemuka iaitu Kumpulan Balle Balle, Citrasari dan Kumpulan pemuzik orang-orang asli Asahan.

Ternyata persembahan dari pemuzik ini telah berjaya ‘memukau’ pengunjung-pengunjung dengan dendangan lagu-lagu rakyat dan kotemporari. Kumpulan pemuzik ini turut mengajak pelancong-pelancong asing untuk berjoget bersama-sama.Program ini berakhir jam 11.00 malam kerana memberi laluan kepada program ambang tahun baru anjuran kejaaan negeri di Dataran Pahlawan, Melaka.