EVENT GALLERY

Taklimat Peranan Masyarakat dalam konteks perundangan dan Pencegahan Jenayah

Monday, 8 April, 2013

Pihak Jawatankuasa Kesihatan, Keselamatan dan Sekuriti Melaka Taming Sari Bhd telah berkejasama dengan  Polis Diraja Malaysia (PDRM) unruk mengadakan taklimat di atas untuk kakitangan MTSB pada 8hb April bertempat di perkarangan Menara Taming Sari.

Taklimat ini disampaikan oleh ASP Nor Azlinda Bt Nordin, Pegawai Turus Hal Ehwal Awam, Melaka. Program ini adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada kakitangan MTSB mengenai  kategori, akta-akta dan demontrasi mempertahankan diri. Program ini diharapkan meningkatkan tahap kesedaran dan keselamatan dikalangan kakitangam MTSB.

Turut hadir pada malam itu ialah KPE MTSB En Nazary Ahmad dan kakitangan anak-anak syarikat Kumpulan Melaka Berhad (KMB). MTSB seringkali mengadakan program dengan PDRM sebelum ini,antaranya ialah pelancaran kempen cegah jenayah, Pameran PDRM, pelancaran rondaan bersama ATM dan PDRM, Penyerahan basikal untuk polis pelancong.