EVENT GALLERY

Tayangan Amal GI Joe Retaliation untuk tabung wira Lahad Datu

Monday, 1 April, 2013

Pihak MTS amat bersimpati dengan wira-wira yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan lahad Datu Sabah dari pencerobohan tentera Sulu. Justeru itu, demi membantu keluarga mereka, pihak Kelab Sukan dan Rekreasi MTSB telah mengadakan tayangan amal filem GI Joe “The Retaliation”pada 1hb April 2013 bertempat di Jusco Aeon Bandaraya Melaka.

Pelbagai pihak dari agensi kerajaan dan swasta dari negeri Melaka dan luar Melaka NGO dan badan-badan politik turut menaja tiket untuk tayangan amal ini. Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, En Nazary Ahmad turut bersama-sama hadir untuk tayangan amal ini.  Pihak MTSB akan menyumbang sebanyak RM2,000 hasil dari tayangan ini. Antara tetamu “VIP” yang turut hadir ialan Tuan Haji Nordin Ali, Ketua Pegawai Operasi, Kumpulan Melaka Berhad.