EVENT GALLERY

Ulang tahun Yang ke Enam (6) Menara Taming Sari,Melaka

Tuesday, 1 July, 2014

Melaka Taming Sari Bhd (MTSB) telah menyambut ulang tahun yang ke 6 pada 24 May yang lalu. Sambutan ini dianjurkan secara sederhana namun suasana kemeriahan tetap dapat dirasakan.Antara tetamu kenaman yang memeriahkan sambutan ini ialah Pengerusi (MTSB) , Datuk Ahmad Hamzah, Timb Pengerusi MTSB, Datuk Abidullah Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, En Nazary Ahmad, Ahli-ahli lembaga Pengarah MTSB dan Pengarah Eksekutif Eclimo Sdb Bhd, Dato’ Dennis Chuah. Pada malam sambutan itu, pengerusi MTSB juga turut memberikan pujian kepada pihak pengurusan kerana sepanjang 6 tahun beroperasi, pihak pengurusan telah Berjaya mengangkat Menara Taming Sari (MTS) menjadi salah satu ikon pelancongan penting negeri Melaka. Pengunjung turut di hiburkan oleh Kumpulan pemuzik tempatan iaitu Kumpulan Balle Balle dan Persatuan seni silat gerak tepat Melaka. Pada majlis ulangtahun ini, pihak MTSB juga turut melancarkan skuter Eletrik pertama di Melaka keluaran syarikat Eclimo Sdn Bhd. Skuter ini akan di sewakan kepada pengunjung yang berminat dengan kadar sewa yang istimewa. Ini merupakan inisiatif pihak MTSB untuk menyokong usaha mengurang perlepasan karbon dari kenderaan. Upacara pelancaran ini disempurnakan oleh pengerusi MTSB Datuk Ahmad Hamzah. Pihak MTSB juga turut melakukan upacara memotong kek ulang tahun bersama ahli – ahli lembaga pengarah dan kakitangan MTSB.