NEWS & EVENTS

KERJASAMA MENGADAKAN KUTIPAN DERMA TABUNG GAZA AMAN PALESTINE

Thursday, 3 January, 2013

Pihak Melaka Taming Sari Bhd amat prihatin dengan penderitaan yang ditanggung oleh masyarakat Palestin akibat kekejaman Regim Zionisl. Banyak kemusnahan yang telah dilakukan oleh Regim Zionis ini, Masyarakat Palestine telah benyak yang terkorban dan hlang harta benda.  Justeru itu bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, MTSB dengan kerjasama Aman Palestine Berhad cawangan Melaka telah mengadakan kutipan derma Tabung Gaza di Menara Taming Sari. Tabung kutioan itu telah dilancarkan oleh KPE MTSB, En Nazary Ahmad pada perhimpunan bulanan Anak syarikat KMB pada 21 Nov 2012 yang lalu.

Selain itu Pihak Aman Palestine turut membuka booth yang mempamerkan galeri foto-foto penderitaan masyarakat Palestine akibat kekejaman Regim Zionis. Disamping itu pelbagai cenderamata turut dijual kepada orang ramai, hasil jualan cenderahati akan disumbangkan kepada tabung Aman Palestine ini.

Kutipan ini akan dijalankan selama 2 minggu dan penyerahan sumbangan ini kepada wakil Aman Palaestine telah dibuat pada sambutan malam tahun baru MTSB pada 31hb Dec 2012.

 

kutipan-derma    kutipan-derma-    Pengunjung-yang-melihat-foto-foto-masyarakat-Palestine-yang-dizalimi-Zionis