NEWS & EVENTS

Pelancaran kempen Rondaan bersama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Menara Taming Sari, Melaka

Friday, 21 December, 2012

Pihak PDRM kontinjen Melaka dan Aangkatan Tentera Malaysia (ATM)  telah melancarkan program rondaan bersama di Menara Taming Sari (MTS) pada 21hb Dec 2012. Pelancaran ini disempurnakan oleh Ketua Polis Melaka, Y.Bhg Datuk Chua Gye Lai dan Timbalan Panglima Angkatan tentera Malaysia dalam satu acara yang penuh simbolik ini.

Program di bawah ‘blue ocean strategy’ ini adalah bertujuan untuk menbantu menangani masalah jenayah dengan lebih efektif hasil gabungan dua organisasi ATM dan PDRM. Antara tetamu jemputan yang turut hadir pada majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, En Nazary Ahmad dan pegawai – pegawai kanan ATM dan PDRM.

Di dalam majlis ini juga, pengunjung MTS turut berpeluang menyaksikan demonstrasi dari pertempuran tanpa senjata dan senjata oeh anggota angkatan tentera dari Kem Sungai Udang Melaka. Pihak PDRM juga turut membuat demontrasi mengesan dadah menggunakan unit anjing pengesan dan membenteras jenayah ragut.

Walaupun hujan turun dengan lebat, namun ini tidak menghalang majlis ini diteruskan, pengunjung juga tidak berganjak untuk menyaksikan pelancaran program rondaan ini. Pihak PDRM dan ATM juga turut memberikan pujian kepada pihak MTS kerana memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan program ini. MTSB sebelum ini telah beberapa kali berkerjasama dengan pihak PDRM mengadakan program bersama, antaranya ialah pelancaran program pencegahan jenayah dan pameran PDRM.

 

demonstrasi-pertempuran    Ketua-Polis-Melaka,-Datuk-Chua-sedang-memberikan-ucapan    melancarkan-program-rondaan-bersama-di-Menara-Taming-Sari-(MTS)-    Momento-dari-Ketua-Polis-Melaka-kepada-CEO-MTSB    Unit-anjing-PDRM-menunjukkan-cara-untuk-menangkap-pengedar-dadah