NEWS & EVENTS

Latihan Simulasi Kecemasan di Menara Taming Sari

Wednesday, 31 October, 2012

Pasukan Emergency Response Team (ERT)  MTSB telah mengadakan latihan simulasi menangani kecemasan di Menara Taming Sari pada 31hb Okt 2012. Latihan simulasi ini  merupakan latihan kali yang ke 3 dijalankan sejak dari tahun 2010.

Latihan Simulasi ini wajibkan dilakukan setiap tahun seperti yang ditetapkan oleh jawatankuasa Kesihatan dan keselamatan (DOSH). Latihan ini juga membolehkan pihak MTSB mempembaharui lesen pengeoperasiannya. Tujuan latihan ini juga ialah untuk menguji keberkesanan komunikasi MTSB, Alat pemadam api,pasukan mencari dan menyelamat dan isyarat kecemasan.

Latihan ini dibahagikan kepada 2 senario iaitu kebakaran di bangunan sokongan dan kabin MTS yang tergendala dan litar pintas akibat panel kawalan mengalami kerosakan. Kakitangan telah menggunakan pemadam api jenis ABC dan Co2  dan Water Hydrant untuk memadam kebakaran di bangunan sokongan. Manakala di pelantar pemandangan kakitangan MTSB telah menunjukkan cara merawat mangsa yang cedera dan menurunkan kabin memnggunakan emergency mode.Latihan ini juga turut mendapat sokongan dari pihak Bomba, St. John Ambulance dan Polis.

Diakhir latihan, laporan awal diserahkan kepada Emergency Director untuk tindakan susulan.