NEWS & EVENTS

Majlis berbuka puasa MTSB bersama-sama anak yatim dari Payasum

Friday, 3 August, 2012

Program berbuka puasa bersama anak yatim merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Melaka Taming Sari Bhd (MTSB) sejak dari tahun 2008. Pada kali ini seramai 105 orang anak-anak yatim dari Lembaga Kebajikan anak yatim Miskin Payasum telah dijemput untuk menjayakan program amal ini.Objektif penganjuran majlis berbuka puasa ini adalah untuk meraikan golongan yang kurang bernasib baik disamping mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini. Majlis ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran bebarapa orang kenamaan, antaranya ialah Pengerusi MTSB iaitu YB Datuk Mat Sirat Abu yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil, Ahli Lembaga Pengarah MTSB, Wakil jabatan, rakan perniagaan, travel agensi, ahli kelab Satria Neo dan rakan media.

Seramai 300 jemputan telah menghadiri majlis ini. Di dalam majlis berbuka puasa ini program lain yang dijalankan ialah solat terawikh, Tadarus, Berzanji  dan pemberian kuih dan duit raya oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif MTSB. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MTSB En Nazary Ahmad, penganjuran program seperti ini dapat mendekatkan syarikat dengan masyarakat terutamanya golongan yang kurang bernasib baik dan akan diteruskan di masa hadapan. Ini juga merupakan salah satu cara MTSB berkongsi kegembiraan dan kejayaan yang telah dicapai. Pada tahun 2011, MTSB telah menerima kunjungan seramai 605,302 dan kutipan sebanyak RM6.2 juta.