NEWS & EVENTS

Majlis Pra Pelancaran Karnival kesedaran Jenayah PDRM

Saturday, 14 April, 2012

Pihak Polis Diraja Malaysia Melaka telah mengadakan majlis pra pelancaran karnival kesedaran Jenayah pada 14 April 2012 bertempat di MTS. Objektif Karnival ini adalah untuk mendekatkan PDRM kepada masyarakat di samping memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai tips cegah jenayah.

PDRM cawangan Melaka Tengah memilih untuk mengadakan acara ini di MTS memandangkan MTS merupakan pusat tumpuan orang ramai di samping mengambil kira kerajsama erat yang terjalin di antara PDRM dengan MTS.

Antara bahan-bahan pameran yang ada di carnival ini adalah contoh senjata penjenayah, jenis dadah, informasi kepolisan dan kenderaan yang digunakan oleh PDRM.Sambutan yang diterima dari orang ramai amat mengalakkan yang berminat untuk mengetahui tentang aktiviti polis.

Majlis Pra Pelancaran Karnival Jenayah turut di hadiri oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah iaitu Assistant Commissioner Tuan Salehhudin Abd Rahman. Manakala tetamu lain adalah CEO MTS, En Nazary Ahmad, Wakil Badan promosi pelancongan, media, Pesatuan bekas polis dan lain-lain.

Pihak MTS juga turut menyumbangkan 4 buah basikal kepada pihak PDRM untuk kegunaan polis pelancong menjalankan rondaan.