NEWS & EVENTS

Majlis penyerahan Menara Taming Sari Membership kad edisi khas

Thursday, 8 November, 2012

8 Nov 2012, Pihak Spiral Tower Sdn Bhd, iaitu agensi kad keahlian Menara Taming Sari (MTS) telah mengadakan majlis penyerahan kad edisi khas kepada agensi pelancongan yang bernaung dibawah kad keahlian MTS. Majlis ini berlansung di Ballroom , Mahkota Hotel Melaka. Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah CEO Melaka Taming Sari Bhd, En Nazary Ahmad. Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Melaka, Datuk Lim Chow Beng. Pengarah Tourism Melaysia Melaka, En Jefri Munir,Pengerusi Spiral Tower Sdn Bhd, Dato. Dr Mohamad Hj Daud dan CEO Spiral Tower, Mr Amos Ganesh dan En Ishak Dalib dari Ketua Pengarang Melaka Hari ini. Tetamu lain yang hadir ialah wakil dari Melaka River Cruise, Duck Tour,Wildlife Sdn Bhd, Zoo Melaka, Taman Rama-Rama dan Taman Buaya .

Majlis di mulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi Spiral Tower Sdn Bhd, Dato’ Mohamad Hj Daud. Ceo MTSB, En Nazary Ahmad juga turut memberikan ucapan semasa majlis ini, Di dalam ucapannya beliau merasa yakin kerjasama dengan MTS untuk mengeluarkan kad keahlian akan mendapat sambutan memandangkan Melaka merupakan destinasi pelancongan tempatan yang popular di Malaysia. Setakat ini sebanyak 500 lebuh pelanggan teah menjadi ahli kad ini.

Terdapat 3 jenis keahlian untuk kad ini iaitu Platinum, Gold dan Silver. Harga kad bermula dari RM512. Antara keistimewaan yang ditawarkan oleh kad ini ialah penginapan percuma di Hotel terkemuka, kemasukan percuma dan diskaun di tempat-tempat pelancongan di Seluruh Malaysia, pemeriksaan kesihatan percuma, insurans perubatan dan lain-lain.

Majlis berakhir dengan jamuan hi-tea yang disedaiakan oleh pihak penganjur, majlis seperti akan diteruskan dari masa ke semasa memandangkan ianya dapat memberikan manfaat kepada pemain industri pelancongan dan membolehkan mereka bertukar pendapat.

 

Pengerusi-Spiral-Tower-memberikan-ucapan.   Pengerusi-Spiral-Tower-Sdn-Bhd-menyerahkan-Kad-edisi-Khas-kepada-Pengarah-Pejabat-Pelancongan-Melaka   CEO-Melaka-Taming-Sari-Bhd-menyerahkan-kad-Edisi-khas-kepada-wakil-Melaka-River-Cruise,-Cik-Liza-Deraman   Kakitangan-Spiral-Tiwer-Sdn-Bhd-bergambar-kenangan-dengan-pengurusan-MTSB