NEWS & EVENTS

Majlis Perpisahan meraikan Kakitangan MTSB yang menyertai PPSPM

Friday, 23 March, 2012

Berkuatkuasa 19hb Mac 2012, Pengurusan Monorel Melaka telah bertukar pengurusan dibawah Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai (PPSPM) Melaka Taming Sari Bhd (MSB) telah menguruskan Monorel Melaka sejak Okt 2010 dan Pirate Park sejak Nov 2010. Dalam Tahun 2011, MTSB telah merekodkan kedatangan pengunjung seramai 12,715 manakala pirate park adalah seramai 54,497 .

Pihak MTSB meraikan 9 orang kakitangannya yang akan menyertai Perbadanan pembangunan sungai dan Pantai (PPSPM) berikutan pertukaran pengurusan Monorel Melaka dan Pirate Park pada Mac 2012.

Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, En. Nazary Ahmad memberi nasihat kepada kakitangan yang akan menyertai PPSPM agar terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang tidak kira di mana mereka berada. Pertukaran tempat kerja merupakan perkara biasa yang berlaku di mana sahaja.   Pihak MTSB juga turut memberikan pampas an kepada kakitangannya yang berkhidmat melebihi 1 tahun demi menghargai jasa mereka sewaktu berkhidmat di MTSB.