NEWS & EVENTS

Majlis Pra-Pelancaran Kempen Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis Sempena Sambutan Hari Polis ke 210

Friday, 24 March, 2017

Pihak PDRM telah mengadakan Majis Pra Pelancaran Kempen Rayuan Tabung Amanah Warisan di Menara Taming Sari pada 19 Mac 2017. Pelancaran ini disempurnakan oleh Y.Bhg Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara. Turut hadir Pegawai-pegawai kanan PDRM dari Persekutuan dan negeri. Antara pengisian program ialah persembahan motosikal dari Pasukan Trafik PDRM, Pentomen Bukit Kepong dan Sidang Media. Program ini turut melibatkan komuniti dan NGO seperti Kelab Rotary Melaka.