NEWS & EVENTS

Pameran Fotografi di Menara Taming Sari pada 27 & 28 Okt 2012

Sunday, 28 October, 2012

Banda Hilir – 28 Okt 2012 – Pihak pengurusan Menara Taming Sari (MTS) dengan kerjasama EDM Enterprise telah menganjurkan pameran fotografi pada 27 dan 28hb Okt 2012 yang bertempat di perkarangan Menara Taming Sari. Pameran yang betemakan “hitam putih” menampilkan foto-foto bertemakan  portrait, bangunan, jalan dan pemandangan hasil karya jurugambar tempatan.

Seramai 12 jurugambar amatur dan profesional tempatan telah menyertai pameran yang berlangsung selama 2 hari ini. Tujuan utama pihak MTS mengadakan pameran ini ialah untuk mengenengahkan karya-karya jurufoto tempatan. Di samping pameran, pihak penganjur juga turut mengadakan “klinik fotografi’ untuk orang ramai mempelajari teknik-teknik yang betul untuk mengambil gambar.

Orang ramai juga berpeluang membeli foto-foto menarik yang dipamerkan oleh peserta pameran dengan harga yang berpatutan. Selain foto, ada booth peserta yang mempamerkan kamera-kamera klasik dan yang terbaru.

Pihak pengurusan MTS juga turut mengadakan kuiz kepada pengunjung yang menawarkan hadiah voucher diskaun dan tiket percuma kanak-kanak.

Menurut pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Bhd (MTSB), En Nazary Ahmad, Penganjuran pameran fotografi ini akan menjadi acara tahunan dan pada tahun hadapan, kami akan menjadikannya lebuh menarik dengan lebih ramai peserta dan format pameran yang lebih meriah.

Pada sebelah malamnya, semua peserta di raikan di majlis makan malam di Seaferer, Klebang. Pada majlis ini upacara penyampaian turut di jalankan.