NEWS & EVENTS

Percutian Ahli Kelab Sukan Dan Rekreasi MTSB ke BALI Indonesia

Thursday, 12 January, 2012

Lawatan Ahli Kelab Sukan Dan Rekreasi MTSB ke BALI Indonesia

9 Jan hingga 12 Jan 2012

Kelab Sukan & Rekreasi MTSB telah membawa ahli-ahlinya seramai 45 orang termasuk keluarga mereka untuk bercuti ke Bali Indonesia. Ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Kelab MTSB.

Percutian ini adalah ganjaran kepada ahli dan yang juga kakitangan MTSB yang telah bertungkus lumus untuk mencapai sasaran RM6 Juta yang ditetapkan untuk tahun 2011.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa mereka berada di Bali dari 9 Jan sehingga 12 Jan 2012. Antaranya makan malam “Glam Nite”,City Tour, Sesi Brainstorming, aktiviti sukan pantai. Antara tempat-tempat menarik yang dilawati semasa berada disana ialah Pantai Kuta, Tanah Lot, Jimbaran dan Nusa dua.

Rata-rata ahli kelab merasa sungguh teruja dan berterima kasih kepada pihak pengurusan kerana membawa mereka bercuti ditempat pelancongan terkenal ini.