NEWS & EVENTS

Pertandingan Permainan Rakyat

Monday, 26 March, 2012

Melaka Taming Sari Bhd (MTSB) dengan kerjasama Persatuan Peminat Permainan Tradisional telah mengadakan pertandingan permainan Tradisional pada 26 Mac 2012 bertempat di perkarangan Menara Taming Sari. Antara permainan yang dipertandingkan ialah Chapteh,Dam Aji,Congkak,sepakraga dan Teng Teng.

Objektif MTSB mengadakan pertandingan ini ialah untuk mempromosikan permainan tradisional kepada pelancong dan khususnya generasi muda. Permainan tradisional ini semakin dilupai dan menyedari hakikat ini MTSB mengambil tanggungjawab untuk terus mempromosilkan permainan rakyat ini. Di samping peserta tempatan pertandingan ini turut disertai oleh 2 peserta dari Turkey. Pelancong asing juga turut memeriahkan pertandingan ini dengan mencuba permainan seperti sepakraga dan Chapteh.

Hadiah kepada pemenang yang berupa hamper dan wang tunai disampaikan oleh pengurus Jualan dan pemasaran MTSB En Mohd Husni Husin.