NEWS & EVENTS

Program Historical City Tourism Ride 2012

Sunday, 8 January, 2012

Program Historical City Tourism Ride 2012 bersama Tourism Malaysia

Tourism Malaysia Melaka dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan dan Persatuan Jasin Bikers telah menganjurkan satu acara berbasikal “Historical City Tourism Ride 2012” sejauh 15km disekitar tempat bersejarah di Melaka. Lebih kurang 500 orang telah menyertai program ini. Pasukan MTSB juga turut menyertai Konvoi ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya En Nazary Ahmad dan Pengurus Jualan dan Pemasaran En Husni Husin. Sambutan yang baik ini membuatkan MTSB membuat keputusan untuk menganjurkan aktiviti riadah berbasikal di kalangan kakitangannya 1 Bulan sekali dan mewujudnya pasukan berbasikal MTSB.