NEWS & EVENTS

Program latihan simulasi kecemasan (ERP) di MTS

Wednesday, 14 December, 2016

Pihak Menara Taming Sari (MTS) telah mengadakan latihan simulasi menangani kecemasan pada 15 Nov 2016. Latihan ini merupakan program tahunan yang dirangka untuk memastikan persediaan pihak MTS ketika berlaku kecemasan. Latihan ini dijalankan dengan kerjasama pihak jabatan Bomba dan penyelamat negeri Melaka. Pelancaran ERP ini disempurnakan oleh Pengurus Besar MTSB, En Ali Bin Kasmin.