NEWS & EVENTS

Program Promosi ‘Jangan Lupo Mari Melaka Naik Menara’ di negeri–negeri Pantai Timur

Wednesday, 14 December, 2016

Pihak Menara Taming Sari (MTS) telah mengadakan siri promosi ke 3 negeri di Pantai timur iaitu Kelantan, Trengganu dan Pahang bermula 7 Nov hingga 11 Nov 2016 yang lalu. Program promosi yang dinamakan ‘Jangan Lupo Mari Melaka ’ dijalankan  di Stesen Radio Kelantan  FM, Trengganu FM dan Pahang FM. Promosi ini bertujuan menarik pengunjung di Pantai Timur ke Menara Taming Sari. 

 

Pemilihan stesen Radio tersebut adalah berdasarkan ‘Rating’ yang tinggi dari segi ‘listenership’ di ketiga-tiga stesen Radio Pantai Timur.   Promosi ini diketuai oleh Pengurus Besar MTS iaitu En. Ali bin Kasmin dan turut disertai oleh unit pemasaran MTS. Selain program promosi di stesen Radio, pihak MTS juga turut mengadakan pertemuan dengan pemain industri dan agensi pelancongan di ketiga-tiga negeri tersebut.