NEWS & EVENTS

Rumah Terbuka Aidilfitri Menara Taming Sari

Friday, 16 September, 2011

Rumah Terbuka Menara Taming Sari (MTS) diadakan secara sederhana tapi meriah pada 16hb Sept 2011 diperkarangan MTS. Objektif utama Rumah terbuka ini, adalah sebagai satu cara untuk berkongsi kemeriahan beraya bersama pelanggan dan rakan kongsi dan pembekal MTS. Rumah Terbuka ini merupakan acara tahunan yang diadalan oleh MTSB. Penganjuran ini juga merupakan satu penghargaan kepada semua yang telah menyokong MTS selama ini. Antara Tetamu kenamaan yang hadir di Rumah Terbuka MTS ialah Pegawai kewangan negeri.YB Datuk Naim dan Datuk Mat Sirat Abu pengerusi MTSB.

Pelbagai juadah dihidangkan pada Rumah terbuka MTS ini antaranya kuih raya, Satay, Nasi Beriani, kambing bakar dan sebagainya. Majlis turut dimeriahkan dengan Persembahan dari Penari dan kombo Bridged Seni Melaka.  Acara kemuncak, pihak pengurusan MTSB telah mengadakan upacara memotong kek kemerdekaan bersama – sama kakitangan MTSB untuk mermperingati hari kemerdekaan negara Malaysia yang ke 54.  Dianggarkan lebih kurang 1,500 menghadiri Rumah terbuka MTS kali ini.