NEWS & EVENTS

Rumah Terbuka Aidilfitri Merdeka, Menara Taming Sari pada 16 Sept 2012

Sunday, 16 September, 2012

Pihak pengurusan Melaka Taming Sari Bhd telah mengadakan rumah terbuka Aifitri pada 16 Sept 2012. Rumah terbuka Aidilfitri merupakan acara tahunan yang telah dijalankan sejak pembukaan MTS pada tahun 2008. Antara objektif rumah terbuka Aidilfitri ini adalah untuk meraikan pelanggan-pelanggan, rakan perniagaan, agen kembara dam rakan media. Antara tetamu VIP yang hadir memeriahkan majlis ini ialah Pengerusi MTSB iaitu Datuk Mat Sirat Abu,Datuk Bandar iaitu Datuk Zainal Abu, KPE, R &D Prof Datuk Abu Bakar Mat Diah , Datuk Yusof Jantan dan Datuk Naim.

Tetamu disajikan dengan pelbagai juadah yang enak antaranya Satay, ketupat,Rendang, Nasi Beriani dan Kueh raya. Di samping itu tetamu turut dihiburkan oleh pemuzik khas yang di datangkan dari Kuala Lumpur.