NEWS & EVENTS

Sambutan Ulangtahun ke 4 Menara Taming Sari (MTS) disambut meriah

Monday, 4 June, 2012

Sambutan Ulangtahun ke 4 Menara Taming Sari telah diadakan pada 1 June 2012 dan disambut dengan sederhana tetapi meriah. Pada tahun ini ulangtahun ini disambut dengan bertemakan malam perpaduan etnik. Antara Etnik yang mengambil bahagian ialah kaum  Portugis, Baba Nyonya, Gujerat, Sikh dan Chetti.

Antara tetamu kenamaan yang hadir pada malam itu ialah Exco Pelancongan negeri Melaka,YB Datuk Latif Tamby Chik,Pengerusi MTSB, YB Datuk Mat Sirat Abu, YB Datuk Md Yunos Husin, Y.Bhg Tan Sri Nordin dan ahli lembaga Pengarah MTSB.

Di dalam ucapan sempena ulangtahun ke 4 MTS, Pengerusi MTSB Datuk Mat Sirat Abu memuji pihak pengurusan kerana telah bejaya menguruskan MTS dengan baik. Dari tahun pembukaannya iaitu April 2008 sehingga Dec 2011, MTS merekodkan kedatangan 2.2 juta orang ke MTS dan kutipan sebanyak RM20.8 Juta. Pada Tahun 2012, sehingga Mei , MTS telah merekodkan kutipan sebanyak RM2.2 berbanding RM1.9 Juta dalam tempoh yang sama tahun 2011.

Manakala Ketua Menteri Melaka yang diwakili oleh Exco pelancongan Melaka YB Datuk Latif Tamby Chik dalam teks ucapan perasmiannya memuji tema malam perpaduan yang menyatukan penduduk di negeri Melaka yang mempunyai pelbagai Etnik seperti Melayu, Portugis,Baba Nyonya, Gujerat, Sikh dan Chetti

Ketua Menteri Melaka juga mengucapkan syabas kepada pihak pengurusan MTSB kerana menguruskan MTS dengan baik sehingga menarik seramai 2.2 juta pengunjung dan kutipan sebanyak RM20.8 Juta semenjak beroperasi dari tahun 2008.

Acara pada malam itu diteruskan dengan demonstrasi memasak dan persembahan tarian dari etnik-etnik  yang terlibat.