NEWS & EVENTS

Taklimat Kesedaran Jenayah oleh PDRM kepada kakitangan MTSB pada 24 Okt 2012

Wednesday, 24 October, 2012

Jawatankuasa kesihatan dan keselamatan dan Sekuriti MTSB telah berkerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengadakan taklimat Kesedaran Jenayah kepada kakitangan MTSB pada 24hb Okt 2012.

Objektif taklimat ini ialah untuk memberi informasi kepada kakitangan MTSB mengenai ancaman luaran,dalaman dan Jenayah CBT (pecah amanah). Taklimat ini disampaikan oleh ASP Chua Teck Hua dari IPD Melaka Tengah. Turut hadir ialah Inspektor Ng Chooi Hoong, beberapa anggota PDRM yang lain.

Pihak pengurusan MTSB mempunyai hubungan yang baik dengan PDRM dan sering berkerjasama di dalam beberapa program sebelum ini. Pihak pengurusan MTSB pernah menyumbang basikal untuk kegunaan anggota polis pelancong.

Di dalam taklimat yang disampaikan oleh ASP Chua, beliau menyentuh mengenai akta pecah amanah, mencuri dan hak-hak sebagai orang awam.Kakitangan MTSB turut mengemukakan soalan berkaitan akta kepada penceramah dengan penuh minat.

Majlis berakhir dengan pemberian cenderamata dan jamuan makan malam. Menurut KPE MTSB, En Nazary Ahmad program ini akan diteruskan di masa hadapan memandangkan ianya dapat memberi maklumat berguna kepada semua.