PHOTO GALLERY

Asian Attraction Expo 2012 di Hong Kong, SAR China pada 5-8 June 2012

Tuesday, 19 June, 2012

Pihak pengurusan MTSB yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya iaitu En Nazary Ahmad, pengurus pemasaran, Husni Husin dan Pengurus Teknikal En Halil Jaafar telah menyertai pameran IAAPA yang berlangsung selama 3 hari iaitu dari 5 hingga June 2012, di Hong Kong, China. Ekspo ini dianjurkan secara tahunan dengan menampilkan pelbagai produk Taman Tema yang disertai oleh pengeluar dan pengilang produkl taman tema dan permainan dari seluruh dunia. Antaranya dari China, Korea, USA, Jerman,Switzerland, United Kingdom dan India.

Ini merupakan tahun ke3 MTSB menghadiri Ekspo IAAPA sejak dari tahun 2010. Pada tahun lepas EKspo IAAPA di adakan di Singapore.

Objektif pihak MTSB menyertai ekspo ini ialah untuk mencari produk- produk baru demi memperkembangkan perniagaan sedia ada. Disamping itu juga pihak MTSB berpeluang menghadiri seminar mengenai pengurusan taman tema yang menampilkan penceramah dari Taman Tema tekenal dunia seperti Disneyland, Pulau Sentosa dan Ocean Park Hong Kong.