PHOTO GALLERY

Family Day Melaka Taming Sari di Phuket penuh keceriaan

Tuesday, 8 January, 2013

Melaka Taming Sari Bhd telah mengadakan hari keluarga pada 8hb Jan 2013 di Phuket Thailand. Seramai 37 kakitangan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif MTSB ,En. Nazary Ahmad.telah menyertai hari keluarga ini yang berlangsung selama 4 hari 3 malam. Hari keluarga ini juga merupakan ganjaran syarikat kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Pada tahun 2012, Pihak MTSB telah mengutip sebanyak RM7.5 Juta, sekaligus melepasi jumlah sasaran RM6.2 Juta yang telah ditetapkan.

Program tahunan ini juga adalah anjuran Kelab Sukan & Rekreasi MTSB.Di samping  hari keluarga, kakitangan MTSB juga berpeluang melancong ke tempat-tempat menarik  DI Phuket, antaranya ialah Phuket Fantasea, Pantai Patong,Bangla Road dan Phi Phi Island.Pihak  MTSB juga turut mengadakan sesi Brainstorming, sukaneka dan Annual Dinner di Lanten Hotel dengan tema Denim Blues. Semasa Annual Dinner, pihak pengurusan turut menyampaikan anugerah  kepada kakitangan yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Antara kategori tersebut ialah ‘Best Attendance’ “Best personality Male & Female”. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan dari Kakitangan MTSB yang terbahagi kepada Unit Jualan & Pemasaran, Unit Pejabat, penyelenggaraan dan Cashier. Unit penyelenggaraan telah memenangi kategori persembahan terbaik.

Pada tahun 2012, MTSB telah mengadakan hari keluarga di Bali Indonesia. Rata-rata kakitangan MTSB amat berasa puas hati seoanjang 4 hari mereka berada di Phuket dan berharap pada tahun depan syarikat akan terus membawa mereka ke destinasi yang lebih menarik.

 

Persembahan Istimewa Dari kakitangan MTSB Bergambar Sebelum Show Phuket Fantasea Kakitangan MTSB bergambar kenangan semasa Annual Dinner dengan Tema Denim “Blues” Acara Sukaneka Di Pantai Patong