PHOTO GALLERY

Lawatan Ahli jawatankuasa Go Green MTSB ke Garden by The Bay Singapore dan Legoland

Friday, 12 April, 2013

Jawatankuasa Go Green MTSB telah mengadakan lawatan kerja ke Garden By the Bay Singapore dan Legoland Johor Bharu pada 11 April dan 12 April 2013. Porgram merupakan salah satu aktiviti tahunan yang telah dirancang untuk tahun 2013. Lawatan ini disertai oleh 12 orang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Go Green. Objektif lawatan adalah untuk mempelajari pengurusan teknogi hijau dan landskap didua tempat pelancongan terkenal itu. Lawatan ini turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MTSB, En Nazary Ahmad. pengurus teknikal MTSB, En Halil Bin Jaafar dan pengurus pemasaran MTSB En, Husni Husin. Di Garden by the Bay Singapore AJK berpeluang melihat “The world’s largest columnless greenhouse and conservatories” Di samping itu spesis tumbuhan dan bunga-bunga yang menarik juga turut terdapat di Flower Dome.Suasana di Cloud Forest juga turut memukau semua dengan konsep tumbuhan dan bunga-bunga di kawasan pergunungan.

Pada hari ke 2, AJK Go Green MTSB mengunjungi Legoland di Nusajaya, Johor dan berpeluang melihat Menara Lego dan permainan seperti Roller Coaster.